Terma & Syarat

Pembeli yang berhasrat untuk membina atau mengubahsuai rumah menggunakan pelan yang dibeli dari laman sesawang Pelan Idaman mesti mengemukakan pelan tersebut kepada arkitek bertauliah untuk mendapatkan kelulusan.

Setiap pakej pelan yang dijual adalah berbentuk pelan konsep sahaja tanpa pelan struktur. Pembeli masih perlu mendapatkan pelan struktur daripada jurutera bangunan yang bertauliah.

Setiap pelan yang digunakan oleh pembeli untuk membina bangunan masih memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan bagi Kebenaran Merancang.

Setiap pelan rumah yang direka mempunyai keluasan tersendiri dan sesuai dibangunkan di atas tanah dengan keluasan minimum tertentu. Sebarang perubahan keluasan pada pelan rumah yang dibuat oleh pembeli adalah di luar tanggungan Pelan Idaman.

Pelan Idaman tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak lain ke atas pembeli.

Pembeli tidak dibenarkan untuk menyalin atau mengulang cetak pelan rumah yang dibeli dari laman sesawang Pelan Idaman tanpa kebenaran pihak Pelan Idaman.

Pembeli tidak dibenarkan untuk menyebarkan pelan rumah yang dibeli dari laman sesawang Pelan Idaman tanpa kebenaran pihak Pelan Idaman.

Pelan Idaman mempunyai hak untuk mengubah syarat di atas mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis makluman kepada pembeli dan bakal pembeli pelan rumah di laman sesawang Pelan Idaman.