Tentang

PelanIdaman.com adalah anak syarikat Mahligai Idaman yang menyediakan pilihan pelan rumah menarik untuk pelanggan.

Mahligai Idaman Construction (KT 0247997-T) dan Mahligai Idaman Services (KT 0294993-M) adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001).

Mahligai Idaman Construction

Mahligai Idaman Construction telah mula beroperasi sejak tahun 2008 berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Sehingga Julai 2011, Mahligai Idaman telah membina lebih daripada 50 buah kediaman di seluruh Kelantan dan Terengganu dengan rekod tiada projek terbengkalai.

Bidang perniagaan utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja membina banglo persendirian. Tanah lot banglo yang diuruskan meliputi tanah persendirian, tanah syarikat Mahligai Idaman dan tanah individu atau syarikat lain.

Mahligai Idaman Services

Ditubuhkan pada tahun 2011, Mahligai Idaman Service merupakan anak syarikat kepada Mahligai Idaman Construction. Fokus utama syarikat ini adalah mendirikan rumah siap bina sebelum dijual kepada pelanggan. Senarai rumah siap bina boleh didapati di laman web www.mahligaiidaman.com.

Sejak penubuhan, syarikat Mahligai Idaman telah didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan bangunan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman ini, syarikat bertekad dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berdaya maju seterusnya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggannya.