Pengenalan Pelan Software

Software pelan rumah Mahligai Idaman boleh digunakan untuk mengenalpasti pelan-pelan rumah yang ada di dalam pengkalan data syarikat yang boleh dimuatkan dalam satu-satu tanah berdasarkan maklumat saiz tanah yang terdapat di dalam geran tanah. Software ini berperanan untuk hanya menunjukkan pelan rumah yang betul-betul muat di dalam tanah itu sahaja supaya pelanggan tidak terkeliru dengan pelan-pelan yang tidak muat dimasukkan ke dalam tanah berkenaan. Ini sekaligus dapat mengelakkan sebarang perubahan atau perubahan besar pada pelan berkenaan sekiranya pelanggan berminat membeli pelan rumah untuk dibina di atas tanah pelanggan

Jika membeli pelan rumah yang tidak diketahui boleh dimuatkan atau tidak dalam tanah, pelanggan mungkin akan terpaksa melakukan perubahan major pada pelan rumah jika pelan berkenaan tidak bersesuaian dan ini boleh menyebabkan bentuk rumah terpaksa banyak diubah dan akan melibatkan penambahan kos untuk mengubah pelan

Software pelan rumah ini adalah TERLINDUNG DI BAWAH AKTA HAKCIPTA PERIBADI dan penggunaan software ini adalah terhad kepada orang awam tanpa digunakan dalam perniagaan.