Soalan Lazim (FAQ)

Apakah fungsi Pelanidaman.com?

Pelanidaman.com menjual rekabentuk pelan bangle dan semi-detached secara dalam talian dengan pelbagai rekabentuk menarik yang boleh digunakan untuk membina rumah idaman anda.  Kami menjual pelan dalam bentuk digital dengan format PDF dan DWG (AutoCAD).

Apakah yang ada di dalam Laporan Rekabentuk yang ditawarkan?

Laporan rekabentuk mengandungi beberapa perkara termasuk :

  • Pelan lantai
    Menunjukkan susun atur ruang bagi pelan rumah tersebut. Pelan lantai akan dibekalkan dalam unit kaki dan meter untuk memudahkan pelanggan yang berpandu kepada unit kebiasaan masing-masing.
  • Pelan tapak (Site plan)
    Menunjukkan saiz lot minimum bagi sesebuah pelan rumah. Pelan tapak yang dibekalkan menggunapakai anjakan bangunan ke sempadan tapak minimum standard iaitu 20′ (6.1m) depan dan 10′ (3m) bagi bahagian sisi dan belakang.
  • Pandangan 2D
    Memaparkan empat pandangan 2D (2D elevation) hitam dan putih iaitu pandangan depan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang.
  • Pandangan 2D berwarna
    Memaparkan empat pandangan 2D (2D elevation) berwarna iaitu pandangan depan, sisi kanan, sisi kiri, belakang dan atas.
  • Perspektif 3D
    Memaparkan lima pandangan perspektif 3D (3D elevation) berwarna iaitu pandangan depan, sisi kanan, sisi kiri, belakang dan atas.
  • Pelan bumbung
    Pelan bumbung menunjukkan rekabentuk bumbung beserta kecerunan serta unjuran bumbung.

Mengapakah Pelanidaman.com menjual pakej yang pelbagai?

Kami menawarkan beberapa pakej berlainan bagi memenuhi kehendak pelanggan kami yang pelbagai. Pelan kami yang paling murah, contohnya, menawarkan pelan lantai dan pelan pandangan 2D dan pelan pandangan 3D dalam bentuk PDF tanpa fail yang boleh diubah. Pakej ini lebih menumpukan kepada pelanggan yang hanya inginkan idea rumah tersebut dan ingin membuat perubahan berdasarkan rekabentuk rumah tersebut.

Selain daripada itu, terdapat pelan yang dijual dalam bentuk boleh ubah iaitu format DWG yang membolehkan pelanggan mengubah sendiri atau menyerahkan kepada pelukis pelan atau arkitek untuk diubahsuai.

Apakah kegunaan pelan rumah dalam bentuk DWG?

Fail DWG membolehkah pelanggan mengubahsuai pelan rumah tersebut menggunakan perisian AutoCAD. Kadang kala, rekabentuk pelan rumah yang diinginkan oleh pelanggan kurang sesuai dengan bentuk tanah mereka dan memerlukan sedikit ubahsuaian supaya ianya dapat dimuatkan di dalam tanah mereka.

Adakah pakej pelan lengkap daripada Pelanidaman.com termasuk pelan arkitek dan pelan struktur?

Pakej pelan lengkap hanya menawarkan pelan arkitek sahaja tanpa pelan struktur. Pelanggan perlu mendapatkan pelan struktur daripada jurutera bangunan yang bertauliah.

Sekiranya saya membeli pelan lengkap daripada Pelanidaman.com, bolehkah saya terus menggunakan pelan tersebut untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan (Kebenaran Merancang) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

Tidak. Pelan lengkap yang dibeli perlu diserahkan dahulu kepada pelukis pelan atau arkitek bertauliah untuk kelulusan arkitek. Arkitek perlu memasukkan pelan lokasi tapak tanah pelanggan ke dalam pelan tersebut dan mengubah susunan blok tajuk dan sebagainya mengikut kehendak PBT masing-masing.

Walaubagaimanapun, pelanggan secara asasnya dapat menjimatkan wang dan masa berbanding merekabentuk pelan daripada peringkat awal sekiranya telah mempunyai pelan yang sudah siap.

Apakah pakej-pakej pelan yang ditawarkan?

Kami menawarkan tiga pakej pelan kepada pelanggan-pelanggan kami bagi setiap pelan yang ditunjukkan di laman web ini. Berikut adalah senarai-senarai pakej.

  • Pakej A
    Pelan asas meliputi pelan lantai, lima pandangan pelan 2D dan lima pandangan pelan 3D dalam format PDF bersaiz A4. Lihat contoh di SINI.
  • Pakej B
    Pelan ini meliputi semua pelan daripada Pakej A dengan fail AutoCAD dalam format .dwg bagi pelan lantai dan pelan pandangan 2D untuk memudahkan pelanggan mengubahnya. Lihat contoh di SINI.
  • Pakej C
    Pelan ini menawarkan semua fail daripada Pakej B beserta pelan kerja (working drwing) untuk rumah yang ditawarkan. Pelan kerja ini meliputi pelan arkitek, pelan mekanikal, pelan elektrikal dan pelan pembentungan. Fail akan dibekalkan dalam .dwg. Lihat contoh di SINI.

Adakah Pelanidaman.com menyediakan lukisan kerja (working drawing)?

Ya. Kami menyediakan lukisan kerja (working drawing) yang kami tawarkan di dalam Pakej C bagi setiap rekabentuk rumah. Walaubagaimanapun, sila maklum jika tiada pilihan Pakej C untuk pembelian di dalam pelan rumah tersebut, lukisan kerja masih sedang dalam proses untuk disiapkan. Sila semak semula halaman rekabentuk rumah tersebut pada masa akan datang.

Bagaimana saya hendak memastikan pelan yang dibeli adalah dalam lingkungan peruntukan saya?

Setiap pelan yang dijual dinyatakan ukuran dan keluasan dalam unit kaki persegi dan meter untuk rujukan anda. Anda perlu berhubung dengan kontraktor binaan di kawasan anda untuk mendapatkan sebutharga bagi pembinaan rumah tersebut berdasarkan pelan yang dibeli.

Bagaimanakah jika tiada pelan rumah yang bersesuaian dengan saiz lot tanah saya?

Anda mempunyai dua pilihan iaitu membeli pelan rumah yang hampir sesuai dengan lot anda dan lakukan sedikit pengubahsuaian atau anda boleh menunggu sehingga ada pelan baru yang kami keluarkan yang bersesuaian.